counter


Memag bosan..




Pd ptg jumaat hari tu... agak bosan sebab aq terpaksa pegi camping .. ini yg aq bengang. Aq dah lah jenis yg x suka aktivti lasak ? aq hanya aktif sukan.. tp bila dah lama kt camping tuu.. aq rasaa lain dan rasa mcm xnak balik langsung..............memang rasa agak penat asik kena bebel kat daus dan si akbar tu. bila malam lagi x best kn tido kt dlm khemah yg beralas dengan lantai yg cuma rasa batu je...mungkin lain kali aq xnak pegi lagi hahahahaAH................

ASSALAMUALAIKUM

Pada hari nie aku sgt gembira sebab aq dpt bangun pd awl pagi. pd pg itu matahari mula naik dan aq ingin berasa jd dewasa. sudah lama aq xlihat awan pd waktu pg. Aq sentiasa memetingkan gaya sebelum aq menempuh segala cabaran pd waktu itu.

Model Ekonomi Baru


Penjana ekonomi bangsa ketika ini.


Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak putera kepada perdana menteri kedua.
Isteri : YaBhg. Datin Sri Rosmah Mansor.
Pendidikan: St. john's institution, kuala Lumpur

Orang yang mewujudkan dasar ini


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri yang keenam. Beliau ialah orang penting yang mewujudkan sistem dasar ini untuk memastikan ekonomi bumiputera berada pada tahap yang stabil.

dasar ekonomi baru




Dasar ekonomi baru telah diwujudkan oleh perdana menteri kedua. Dasar ekonomi baru sebenarnya hanyalah sebagai pelindung kepada ekonomi orang melayu. Pembangunan negara menjadi tunjang kepada ekonomi. Dasar ekonomi baru juga sebenarnya mempunyai banyak kepentingan kepada negara. Apabila dilihat, dasar ekonomi baru membantu kepada pengurangan kadar kemiskinan rakyat di negara ini.
Dasar ekonomi baru memastikan keadilan dicapai oleh setiap kaum dan ia juga mengelakkan rasa ketidakadilan diantara masyarakat. Setiap kaum di negara ini mempunyai kepentingan tersendiri yang tidak patut diabaikan. Perasaan tidak puas hati akan wujud sekirannya tidak ada pembahagian diantara kepentingan atau ekonomi. Maka dengan ini, dasar ekonomi baru menjadi tunjang kepada pembangunan dan mengelakkan rasa tidak puas hati.
Kemiskinan semakin berkurang apabila dilihat dari tahun ke tahun. Apabila kemiskinan semakin berkurang segala ekonomi akan berkembang dan menghasilkan sebuah kekayaan kepada negara dengan ini menambah kepada pendapatan negara. Kemajuan akan dicapai apabila negara mempunyai sebuah ekonomi yang kuat dan bersatupadu rakyatnya.
Kekurangan orang melayu diantara kaum lain menyebabkan dasar ini ditubuhkan. Dengan dasar ini membolehkan orang melayu diiktiraf ketuanan di negara sendiri. Di sinilah berlakunya apabila kaum lain menggangap orang melayu mengamalkan diskriminasi. Sebenarnya ia adalah satu kesilapan apabila ada tanggapan sebegitu. Ini kerana apabila dilihat daripada peratus pembahagian ekonomi kaum bukan bumiputera jauh melebihi kaum lain dari segi ekuiti pemilikan harta di negara ini. Ia bermaksud orang melayu tidak mengamalkan dasar yang dianggap mengambil kepentingan kaum lain.
Walaubagaimanapun, mengikut daripada peratus pemilikan harta orang melayu adalah kurang daripada sasaran yang dikehendaki. Sasaran pencapaian 30% daripada pembahagian ekonomi kemudian dijadikan sebagai sasaran pada tahun 2020. Kegelisahan pemimpin ketika ini membimbangkan kerana sehingga sekarang orang melayu masih tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
Apabila tiba kepada perdana menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau telah mengubah satu strategi baru dengan menubuhkan satu bentuk model dasar iaitu model ekonomi baru dengan menubuhkan satu pengumpulan saham bumiputera yang dipanggil EKUINAS. Orang melayu diharap dapat mencapai sasaran yang agak tinggi iaitu 50% dengan 25% sebagai tebaran awam.
Dengan ini tamatlah dasar ekonomi baru yang selama ini dianggap tidak memberi kepada peningkatan ekonomi orang melayu. Ia juga diburukkan lagi apabila dasar ekonomi baru dianggap sudah tidak releven kepada orang melayu.