counter


dasar ekonomi baru




Dasar ekonomi baru telah diwujudkan oleh perdana menteri kedua. Dasar ekonomi baru sebenarnya hanyalah sebagai pelindung kepada ekonomi orang melayu. Pembangunan negara menjadi tunjang kepada ekonomi. Dasar ekonomi baru juga sebenarnya mempunyai banyak kepentingan kepada negara. Apabila dilihat, dasar ekonomi baru membantu kepada pengurangan kadar kemiskinan rakyat di negara ini.
Dasar ekonomi baru memastikan keadilan dicapai oleh setiap kaum dan ia juga mengelakkan rasa ketidakadilan diantara masyarakat. Setiap kaum di negara ini mempunyai kepentingan tersendiri yang tidak patut diabaikan. Perasaan tidak puas hati akan wujud sekirannya tidak ada pembahagian diantara kepentingan atau ekonomi. Maka dengan ini, dasar ekonomi baru menjadi tunjang kepada pembangunan dan mengelakkan rasa tidak puas hati.
Kemiskinan semakin berkurang apabila dilihat dari tahun ke tahun. Apabila kemiskinan semakin berkurang segala ekonomi akan berkembang dan menghasilkan sebuah kekayaan kepada negara dengan ini menambah kepada pendapatan negara. Kemajuan akan dicapai apabila negara mempunyai sebuah ekonomi yang kuat dan bersatupadu rakyatnya.
Kekurangan orang melayu diantara kaum lain menyebabkan dasar ini ditubuhkan. Dengan dasar ini membolehkan orang melayu diiktiraf ketuanan di negara sendiri. Di sinilah berlakunya apabila kaum lain menggangap orang melayu mengamalkan diskriminasi. Sebenarnya ia adalah satu kesilapan apabila ada tanggapan sebegitu. Ini kerana apabila dilihat daripada peratus pembahagian ekonomi kaum bukan bumiputera jauh melebihi kaum lain dari segi ekuiti pemilikan harta di negara ini. Ia bermaksud orang melayu tidak mengamalkan dasar yang dianggap mengambil kepentingan kaum lain.
Walaubagaimanapun, mengikut daripada peratus pemilikan harta orang melayu adalah kurang daripada sasaran yang dikehendaki. Sasaran pencapaian 30% daripada pembahagian ekonomi kemudian dijadikan sebagai sasaran pada tahun 2020. Kegelisahan pemimpin ketika ini membimbangkan kerana sehingga sekarang orang melayu masih tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
Apabila tiba kepada perdana menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau telah mengubah satu strategi baru dengan menubuhkan satu bentuk model dasar iaitu model ekonomi baru dengan menubuhkan satu pengumpulan saham bumiputera yang dipanggil EKUINAS. Orang melayu diharap dapat mencapai sasaran yang agak tinggi iaitu 50% dengan 25% sebagai tebaran awam.
Dengan ini tamatlah dasar ekonomi baru yang selama ini dianggap tidak memberi kepada peningkatan ekonomi orang melayu. Ia juga diburukkan lagi apabila dasar ekonomi baru dianggap sudah tidak releven kepada orang melayu.

3 comments:

kucing91 said...

dasar ekonomi sangat penting kepada pembangunan untuk memastikan negara dapat merancang segala bentuk ekonomi.

Alfid Daus said...

SKEMA TOL DALK NI...

Alfid Daus said...

x bleh bla je an..

Post a Comment